Sunday 12 May 2013

Mengapa TAKAFUL dan bukannya INSURANS?

Perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan melabur dana yang diterima daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syariah. Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi peserta-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta. Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional di mana syarikat insurans itu sendiri itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans.

Ciri-ciri produk Takaful Prudential BSN

1- Pematuhan kepada hukum syarak.
2- Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad tabarru', mudharabah dan wakalah.
3- Pengendali takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta.
4- Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabbaru'.
5- Bebas daripada riba, gharar dan maisir.
6- Adanya Majlis Pengawasan Syariah.
7- Keuntungan akan dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan.
read more