Sunday 12 May 2013

Mengapa TAKAFUL dan bukannya INSURANS?

Perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan melabur dana yang diterima daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syariah. Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi peserta-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta. Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional di mana syarikat insurans itu sendiri itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans.

Ciri-ciri produk Takaful Prudential BSN

1- Pematuhan kepada hukum syarak.
2- Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad tabarru', mudharabah dan wakalah.
3- Pengendali takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta.
4- Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabbaru'.
5- Bebas daripada riba, gharar dan maisir.
6- Adanya Majlis Pengawasan Syariah.
7- Keuntungan akan dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan.
read more

Sunday 28 April 2013

Cara-cara membuat tuntutan

Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai tuntutan. Berikut antara cara-cara membuat tuntutan dan beberapa contoh tuntutan untuk rujukan anda.
1- Tuntutan Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu tuntutan online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, pemegang polisi perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan ke wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement). 
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan.  Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

Sekiranya membuat tuntutan menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit dan mereka akan menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agen anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agen yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agen anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital. 
2- Tuntutan Pembayaran Balik 
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan hospital panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, tetapi semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan kemudian barulah anda membuat tuntutan ke PruBSN. Sila maklumkan kepada agen anda, bagi membolehkan agen anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.
3- Tuntutan Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa bil tuntutan (Bil tuntutan dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan. Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari. Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agen anda atau di mana-mana cawangan PruBSN Takaful seluruh negara.
4- Tuntutan Kemalangan (Perubatan/MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan di klinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.
5- Tuntutan Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan. Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agen atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agen akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya. Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agen atau PruBSN.
6- Tuntutan Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.
7- Tempoh TuntutanTempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, tempoh masa yang diambil biasanya hanya 3 atau 4 minggu. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal. Anda boleh hubungi agen anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.
read more

Monday 22 April 2013

Peluang kerjaya bersama PruBSN Takaful

Perunding Kewangan Prudential BSN Takaful (Full/Part Time)
















Prudential BSN Takaful merupakan Takaful Operator NO. 1 di Malaysia sejak tahun 2010. Berpejabat di Sri Rampai, kami membuka peluang kerjaya kepada warga Malaysia yang berpotensi. Keistimewaan yang anda akan perolehi jika menjadi perunding kewangan kami:

1)      Pendapatan sehingga 4-6 ANGKA mengikut kemahuan sendiri.
2)      Berpeluang MENGGANDAKAN PENDAPATAN dan mendapatkan BONUS YANG TINGGI.
3)      TIDAK TERIKAT dengan jadual kerja.
4)       Berpeluang melancong secara PERCUMA ke luar negara (long distance trip dan short distance trip).


Jika anda:


1)      Mempunyai kelayakan minimum SPM.
2)      Mempunyai personaliti yang menarik.
3)      Boleh berkomunikasi dengan baik.
4)      Kemahiran IT adalah satu kelebihan.
5)      Mempunyai kenderaan sendiri.
6)      Jujur dan Amanah.
7)      “Business Minded”


Hubungi kami segera atau e-mailkan resume anda. KAMI MEMERLUKAN ANDA.


No. h/p: 017-3658097 (Syahirah)
E-mail : ramlan_o@yahoo.com
read more

Sunday 21 April 2013

Rider

Takaful Health2






KAMI BERIKAN GANJARAN DAN KINI LEBIH MANFAAT UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN ANDA
Kami berada di sisi anda apabila anda memerlukan kami dan memberi ganjaran apabila anda kekal sihat. Itu adalah janji yang telah kami tunaikan. Kini, kami memberi tambahan kepada manfaat sedia ada untuk menawarkan pelan perubatan yang lebih berbaloi untuk anda. Memandangkan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat disebabkan rawatan yang lebih maju dan kemudahan-kemudahan yang di naik taraf, kami telah mereka satu pelan inovatif yang membolehkan anda menerima rawatan perubatan yang terbaik daripada kemudahan yang bertaraf tinggi.
Dengan Takaful Health 2, nikmati ganjaran dan pilihan untuk mendapatkan pelan penjagaan kesihatan yang paling komprehensif.
Kerana kami hanya berikan yang terbaik untuk perihal kesihatan anda.
Pelan perubatan untuk anda – Nilai lebih TINGGI dan lebih BAIK
Terus nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN
Kami memberi anda bonus tahunan sehingga RM 500.00 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan bagi tahun tersebut. Kekalkan kesihatan anda dan anda akan menerima ganjarannya.
Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan
Takaful Health2 memberikan anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar.
Manfaat bilik dan penginapan yang bernilai lebih tinggi
Nikmati menafaat bilik dan penginapan yang bernilai lebih tinggi dengan Takaful Health2. Kini, manfaat kami bermula dari RM 150 bulanan untuk had tahunnan keseluruhan bernilai RM 50,000.
Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL
Selain ko-takaful, Takaful Health2 kini ada dua pilihan tambahan deduktibel. Pilih antara deduktibel bernilai RM 3,000 atau RM 10,000 yang mana memenuhi keperluan pelan perubatan anda. Sertakan bersama TH Retirement dan secara automatik ia akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-takaful apabila anda mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadikan pelan anda jadi lebih berpatutan, ia juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannya iaitu di zaman persaraan anda.
Perlindungan tambahan sehingga umur 100 tahun
Pelan perubatan Takaful yang komprehensif ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia 25, 70, 80 atau 100 tahun.
KAMI BERI LEBIH LAGI
Rawatan Luar Negara
Dengan TH overseas anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis kondisi yang dilindung di Singapura, Hong Kong, China dan India.
Pilihan untuk mengetepikan had tuntutan tahunan untuk kesemua pelan
TH anual limit waiver kini dibuka kepada semua pelan takaful Health2. Dengan mengambil pilihan ini, anda tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.
Naik taraf AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi
Kami akan menaik taraf secara automatik pelan Takaful Health2 anda dual kali ganda tanpa mengambil kira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang telah dibuat jika anda sertakan TH Auto Upgrade. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat pada permulaan atau apabila ianya disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda.
Lebih pilihan dan lebih BERPATUTAN
Pilih dari lima pelan Takaful Health 2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah RM 150 sebulan anda pasti dilindungi secukupnya.















Nota:
Ko-Takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana pemegang sijil akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, pemegang sijil perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakhluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM 300 dan ko-takaful maksimum sebanyak RM 1,000 untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan dan ko-takaful maksimum sebanyak RM 2,000 untuk Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Baki kos akan dibayar oleh PruBsn sehingga Had Tahunan Keseluruhan.
Deduktibel ialah amaun tetap yang perlu di bayar dahulu oleh pemegang sijil tidak kira jumlah kos manfaat kelayakan ( kecuali kos bilik & penginapan harian) untuk sebarang hilang upaya dalam tempoh 90 hari. Jika deduktibel sebanyak RM 3,000 atau RM 10,000 dipilih, pemegang sijil perlu membayar RM 3,000 atau RM 10,000 pertama daripada jumlah kos manfaat kelayakan (kecuali kos bilik & penginapan harian). Baki kos akan dibayar oleh PruBsn sehingga Had Tahunan Keseluruhan.
Jumlah manfaat yang dibayar untuk setahun adalah tertakhluk kepada Had Tahunan Keseluruhan. Jumlah manfaat akan dibayar sepanjang hayat adalah tertakhluk kepada Had Seumur Hidup. Untuk kemasukan ke hospital akibat kemalangan, perlindungan bermula serta merta sebaik sahaja pelan anda diterima, manakala tempoh menuggu adalah selama 30 hari bagi akibat-akibat lain. Bagaimanapun, untuk penyakit-penyakit tertentu, tempoh menuggu selama 120 hari dikenakan.
Dengan penyertaan Takaful Health 2, anda akan menerima kad perubatan Takaful Health2. Ianya memberikan akses kepada Bantuan Perubatan Kecemasan iaitu talian hotline 24 jam( dikendalikan oleh international SOS) yang boleh dipanggil dari mana-mana tempat di seluruh dunia pada bila-bila masa pada panggilan caj balik.
Kad Takaful Health2 boleh digunakan 90 hari selepas pelan anda diterima oleh PruBsn. Anda hanya perlu mengemukakan kad tersebut semasa dimasukkan ke mana-mana hospital dalam rangkaian hospital kami.
TAKAFUL HEALTH2 ADALAH SEMUA YANG ANDA PERLUKAN
1. Apakah Takaful Health2 ?
Takaful Health2 adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar. Pelan ini juga memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) jika tiada sebarang tuntutan di buat bagi tahun tersebut. Anda boleh pilih sama ada ko-takaful atau deduktibel sebanyak RM 3,000 atau RM 10,000.
2, Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2 ?
Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBsn Link Series.
3. Saya seorang yang sihat. Kenapa saya pelu mengambill Takaful Health2 ?
Ia berbaloi untuk kekal sihat! Dengan Takaful Health2, kami akan memberi ganjaran NCB jika anda tidak membuat sebarang tuntutan  pada tahun tersebut. NCB ini akan digunakan untuk membeli unit tambahan untuk Akaun Unit Pelaburan (IUA) anda. Sekiranya anda memilih pelan yang lebih tinggi, NCB yang menanti anda adalah lebih tinggi juga.
Di bawah adalah contoh pengiraan NCB untuk seorang pemegang sijil lelaki berusia 30 tahun yang menyertai pelan Takful Health2 pelan RM 250 yang tamat pada usia 70 tahun dengan sumbangan tahunan sebanyak RM 1,187 :





4. Kos perubatan kian meningkat. Bagaimanakah Takaful Health2 dapat membantu saya ?
Kenapa anda ingin menghadkan amaun tuntutan dalam satu tahun ? Sertakan TH Anual Limit Waiver pada mana-mana pelan Takaful Health2 dan kami akan mengetepikan had tahunan. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang jumlah tuntutan perubatan tinggi yang tidak diduga,
Apabila TH Anual Limit Waiver disertakan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakhluk kepada amaun ko-takaful sebanyak 10%.
Kami juga akan menyediakan satu lagi pilihan. Sertakan TH Auto Upgrade dan pelan Takaful Health2 anda akan naik taraf secara automatik pada ulang tahun ke dan ke 10.





5. Bolehkah saya mendapatkan rawatan diluar negara ?
Jika anda menerima rawatan di luar negara di bawah pelan Takaful Health2 anda, manfaat-manfaat dibayar mengikut kos-kos rawatan yang berpatutan dikenakan oleh hospital di Malaysia. Manfaat tidak akan dibayar jika anda tinggal di luar negara melebihi 90 hari.
Walau bagai mana pun, batasan menetap di luar negara selama 90 hari tidak dikenakan apabila anda sertakan TH Overseas kepada pelan Takaful Health2 anda. Dengan rider ini, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan atau nasihat di Singapura, Hong Kong, China atau India. Pembayaran balik perbelanjaan perubatan adalah berdasarkan caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan negara tersebut. Kami hanya memberi perlindungan untuk kondisi-kondisi berikut :

  • Pembedahan berkaitan kanser
  • Neurosurgeri
  • Pembedahan pintasan arteri koronari
  • Pembedahan injap jantung
  • Pemindahan organ ( buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, pankreas dan sumsum tulang)
Untuk kondisisi yang dilindungi, jika anda memilih untuk dimasukkan ke hospital dan melakukan pembedahan di Malaysia dan bukan luar negara, Manfaat Kebajikan akan dibayar untuk setiap kemasukkan bagi setiap pembedahan. Pemegang sijil yang membuat tuntutan Manfaat Kebajikan tidak layak lagi untuk dibayar balik bagi Manfaat Hospital dan Sugeri dan Manfaat Rawatan Pesakit Luar untuk kondisi yang dilindungi tersebut di bawah manfaat TH Overseas. Anda boleh membuat tuntutan Manfaat Kebajikan untuk kemasukkan berkali-kali bagi pembedahan kondisi yang dilindungi di Malaysia dan membuat tuntutan untuk rawatan perubatan tempatan di bawah Takaful Health2 berdasarkan caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan.
Dibawah adalah jadual manfaat-manfaat untuk TH Overseas :











6. Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?
Sumbangan yang perlu anda bayar untuk pelan Takaful Health2 ditetapkan berdasarkan umur, kelas pekerjaan dan jenis pelan tertakhluk kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan.
Bagaimanakah Takaful Health2 berfungsi?
Takaful Health2 ialah rider yang disertakan bersama PruBsn Link Series. Ia adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr di mana anda menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun anda selepas kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan yang kami sediakan. Perlindungan takaful adalah daripada potongan Tabarru’ anda yang kami tempatkan dalam dana Tabarru’ dan digunakan untuk membantu peserta-peserta lain yang memerlukannya.
Apakah caj-caj yang dikenakan dalam Takaful Health2?
Butiran caj Wakalah dan caj-caj lain disenaraikan dalam jadual di bawah :







Adakah saya akan menerima Lebihan daripada pelan ini?
Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’.


Takaful Puteri


PruBSN Takaful Puteri menyediakan sesuatu yang direka khas khusus untuk wanita. PruBSN Takaful Puteri adalah di reka khas untuk memberikan anda perlindungan yang berterusan daripada tekanan kewangan yang anda hadapi akibat daripada penyakit-penyakit yang sering dan selalu terjadi kepada wanita.

Selain itu, polisi ini juga membayar manfaat pada pelbagai peringkat kehidupan. Pada tarikh tamat tempoh polisi, PruBSN Takaful Puteri akan membayar balik semua premium yang sudah dibayar ditolak tuntutan yang sudah dibuat.

Pelan perlindungan PruBSN Takaful Puteri

Terdapat 3 pelan utama:
  • Pelan 1 – RM50,000
  • Pelan 2 – RM100,000
  • Pelan 3 – RM150,00


Perlindungan yang disediakan 
  • Kanser wanita (kanser payudara, uteri serviks, tiub Falopia, ovari, uterus dan vagina/vulva)
  • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  • Artritis Reumatoid dengan komplikasi
  • Pembedahan rekonstruksi muka kerana kemalangan
  • Pemindahan kulit kerana kebakaran
  • Pemindahan kulit kerana kanser kulit
  • Karsinoma-in-situ payudara atau uteri serviks
  • Komplikasi kehamilan
  • Penyebaran penggumpalan intravaskular (selepas hamil 7 bulan)
  • Kehamilan Ektopik (kandungan luar rahim)
  • Kandungan Molar
  • Kematian fetus (selepas 195 hari mengandung)
  • Kematian anak (dalam tempoh 30 hari selepas lahir)

Penyakit Kongenital Bayi (hidup lebih daripada 30 hari selepas lahir dan didiagnos dalam tempoh 2 tahun selepas lahir)
  • Kecacatan Ventrikel Septum
  • Kecacatan Atrium Septum
  • Sindrom Down

read more

PruBSN SmartLink












PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitian-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Anda juga boleh mengambil pelan ini selepas anda hamil melebihi 20 minggu /5 bulan.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.

Ciri-ciri unik PruBSN SmartLink:


1      Tertakluk kepada terma dan syarat.
2    Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda.
read more

PruBSN TakafulLink












PruBSN TakafulLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun. Dengan pelbagai manfaat tambahan yang disediakan, anda dapat memiliki pelan Takaful komprehensif yang dapat membantu anda menguruskan keperluan anda yang berubah-ubah.

PruBSN TakafulLink adalah untuk anda jika anda berumur di antara 26 hingga 70 tahun.

Dengan jumlah serendah RM100 sebulan, anda akan menikmati manfaat di bawah kerana menjadi pelanggan setia kami.

Peroleh Bonus Loyalti1
Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu.
Lengkapkan liputan perlindungan anda dengan manfaat-manfaat3 tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

Tingkatkan perlindungan perubatan dan kesihatan anda
   Hanya dengan Takaful Health2 anda boleh mendapat manfaat Bilik & Penginapan LEBIH TINGGI dan diberi GANJARAN melalui Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB). Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk memilih opsyen     ko-takaful atau deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000.

      Tingkatkan perlindungan perubatan anda dengan manfaat-manfaat  berikut:
  • TH Auto Upgrade – Pelan anda akan dipertingkatkan ke pelan lebih tinggi secara automatik pada ulang tahun ke-5 atau ke-10 tanpa mengira keadaan kesihatan atau sebarang tuntutan perubatan yang anda telah lakukan.
  • TH Annual Limit Waiver – Kini, TH Annual Limit Waiver disediakan untuk semua pelan Takaful Health2. Anda boleh sertakannya dan membuat tuntutan sehingga had seumur hidup (tertakluk pada ko-takaful) dalam tempoh satu tahun.
  • TH Retirement – Jika anda memilih opsyen deduktibel untuk Takaful Health2 anda, rider ini akan ditukarkan semula kepada ko-takaful apabila anda mencapai umur 55 tahun.
·    TH Overseas – Dapatkan rawatan di luar negara iaitu di Singapura, Hong Kong, China dan India untuk LIMA jenis keadaan yang dilindungi – Pembedahan berkaitan dengan kanser, Pembedahan saraf, Pembedahan pintasan arteri koronari, Pembedahan injap jantung dan Pembedahan pemindahan organ.
Perlindungan untuk penyakit kritikal
Sertakan Crisis Shield atau Crisis Cover Plus untuk mendapat perlindungan bagi 36 jenis penyakit kritikal.
Tingkatkan dana simpanan anda
Tingkatkan simpanan anda melalui dana pelaburan terurus kami, Takafulink Dana Urus, atau cepatkan pertumbuhannya dengan melabur dalam ekuiti melalui Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti.
Pelihara dana simpanan anda
Kekalkan simpanan anda untuk hari kemudian dengan melabur dalam dana yang lebih terjamin, Takafulink Dana Bon.

1     Tertakluk kepada terma dan syarat.
2     Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda.
3     Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan.
read more

PruBSN FirstLink













PruBSN FirstLink adalah pelaburan caruman tetap pelan Takaful yang memberikan anda kebebasan untuk mengubah suai rancangan anda untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda pada setiap peringkat hidup anda.

PruBSN FirstLink adalah sesuai jika anda berusia antara 19-25 tahun. Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, anda boleh memilih pelan matang apabila anda mencapai 80 atau 100 tahun.

Ciri-ciri unik PruBSN FirstLink:

Raikan pencapaian peringkat kehidupan anda
Sempurnakan salah satu daripada peristiwa-peristiwa berikut dan kami akan RAIKAN pencapaian anda melalui Bonus AchieveFirst1. Anda akan menerima RM500 jika anda Berjaya melakukan peristiwa tersebut sebelum anda mencapai umur 50 tahun. Anda boleh membuat tuntutan ini sekali sahaja.

  • Membeli rumah pertama anda
  • Menunaikan ibadah Haji
  • Berkahwin
  • Menunaikan ibadah Umrah
  • Apabila anak anda dilahirkan
  • Memperoleh ijazah pasca siswazah
Peroleh Bonus Loyalti1
Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu
Perlindungan berterusan semasa tempoh sukar1
Pelan ini memastikan bahawa perlindungan anda akan berterusan sehingga enam bulan jika anda tidak mampu membayar sumbangan akibat kehilangan pekerjaan
1 Tertakluk kepada terma dan syarat.
2 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda.
read more