Takaful Health2
KAMI BERIKAN GANJARAN DAN KINI LEBIH MANFAAT UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN ANDA
Kami berada di sisi anda apabila anda memerlukan kami dan memberi ganjaran apabila anda kekal sihat. Itu adalah janji yang telah kami tunaikan. Kini, kami memberi tambahan kepada manfaat sedia ada untuk menawarkan pelan perubatan yang lebih berbaloi untuk anda. Memandangkan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat disebabkan rawatan yang lebih maju dan kemudahan-kemudahan yang di naik taraf, kami telah mereka satu pelan inovatif yang membolehkan anda menerima rawatan perubatan yang terbaik daripada kemudahan yang bertaraf tinggi.
Dengan Takaful Health 2, nikmati ganjaran dan pilihan untuk mendapatkan pelan penjagaan kesihatan yang paling komprehensif.
Kerana kami hanya berikan yang terbaik untuk perihal kesihatan anda.
Pelan perubatan untuk anda – Nilai lebih TINGGI dan lebih BAIK
Terus nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN
Kami memberi anda bonus tahunan sehingga RM 500.00 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan bagi tahun tersebut. Kekalkan kesihatan anda dan anda akan menerima ganjarannya.
Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan
Takaful Health2 memberikan anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar.
Manfaat bilik dan penginapan yang bernilai lebih tinggi
Nikmati menafaat bilik dan penginapan yang bernilai lebih tinggi dengan Takaful Health2. Kini, manfaat kami bermula dari RM 150 bulanan untuk had tahunnan keseluruhan bernilai RM 50,000.
Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL
Selain ko-takaful, Takaful Health2 kini ada dua pilihan tambahan deduktibel. Pilih antara deduktibel bernilai RM 3,000 atau RM 10,000 yang mana memenuhi keperluan pelan perubatan anda. Sertakan bersama TH Retirement dan secara automatik ia akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-takaful apabila anda mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadikan pelan anda jadi lebih berpatutan, ia juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannya iaitu di zaman persaraan anda.
Perlindungan tambahan sehingga umur 100 tahun
Pelan perubatan Takaful yang komprehensif ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia 25, 70, 80 atau 100 tahun.
KAMI BERI LEBIH LAGI
Rawatan Luar Negara
Dengan TH overseas anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis kondisi yang dilindung di Singapura, Hong Kong, China dan India.
Pilihan untuk mengetepikan had tuntutan tahunan untuk kesemua pelan
TH anual limit waiver kini dibuka kepada semua pelan takaful Health2. Dengan mengambil pilihan ini, anda tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.
Naik taraf AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi
Kami akan menaik taraf secara automatik pelan Takaful Health2 anda dual kali ganda tanpa mengambil kira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang telah dibuat jika anda sertakan TH Auto Upgrade. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat pada permulaan atau apabila ianya disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda.
Lebih pilihan dan lebih BERPATUTAN
Pilih dari lima pelan Takaful Health 2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah RM 150 sebulan anda pasti dilindungi secukupnya.
Nota:
Ko-Takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana pemegang sijil akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, pemegang sijil perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakhluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM 300 dan ko-takaful maksimum sebanyak RM 1,000 untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan dan ko-takaful maksimum sebanyak RM 2,000 untuk Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Baki kos akan dibayar oleh PruBsn sehingga Had Tahunan Keseluruhan.
Deduktibel ialah amaun tetap yang perlu di bayar dahulu oleh pemegang sijil tidak kira jumlah kos manfaat kelayakan ( kecuali kos bilik & penginapan harian) untuk sebarang hilang upaya dalam tempoh 90 hari. Jika deduktibel sebanyak RM 3,000 atau RM 10,000 dipilih, pemegang sijil perlu membayar RM 3,000 atau RM 10,000 pertama daripada jumlah kos manfaat kelayakan (kecuali kos bilik & penginapan harian). Baki kos akan dibayar oleh PruBsn sehingga Had Tahunan Keseluruhan.
Jumlah manfaat yang dibayar untuk setahun adalah tertakhluk kepada Had Tahunan Keseluruhan. Jumlah manfaat akan dibayar sepanjang hayat adalah tertakhluk kepada Had Seumur Hidup. Untuk kemasukan ke hospital akibat kemalangan, perlindungan bermula serta merta sebaik sahaja pelan anda diterima, manakala tempoh menuggu adalah selama 30 hari bagi akibat-akibat lain. Bagaimanapun, untuk penyakit-penyakit tertentu, tempoh menuggu selama 120 hari dikenakan.
Dengan penyertaan Takaful Health 2, anda akan menerima kad perubatan Takaful Health2. Ianya memberikan akses kepada Bantuan Perubatan Kecemasan iaitu talian hotline 24 jam( dikendalikan oleh international SOS) yang boleh dipanggil dari mana-mana tempat di seluruh dunia pada bila-bila masa pada panggilan caj balik.
Kad Takaful Health2 boleh digunakan 90 hari selepas pelan anda diterima oleh PruBsn. Anda hanya perlu mengemukakan kad tersebut semasa dimasukkan ke mana-mana hospital dalam rangkaian hospital kami.
TAKAFUL HEALTH2 ADALAH SEMUA YANG ANDA PERLUKAN
1. Apakah Takaful Health2 ?
Takaful Health2 adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar. Pelan ini juga memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) jika tiada sebarang tuntutan di buat bagi tahun tersebut. Anda boleh pilih sama ada ko-takaful atau deduktibel sebanyak RM 3,000 atau RM 10,000.
2, Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2 ?
Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBsn Link Series.
3. Saya seorang yang sihat. Kenapa saya pelu mengambill Takaful Health2 ?
Ia berbaloi untuk kekal sihat! Dengan Takaful Health2, kami akan memberi ganjaran NCB jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. NCB ini akan digunakan untuk membeli unit tambahan untuk Akaun Unit Pelaburan (IUA) anda. Sekiranya anda memilih pelan yang lebih tinggi, NCB yang menanti anda adalah lebih tinggi juga.
Di bawah adalah contoh pengiraan NCB untuk seorang pemegang sijil lelaki berusia 30 tahun yang menyertai pelan Takful Health2 pelan RM 250 yang tamat pada usia 70 tahun dengan sumbangan tahunan sebanyak RM 1,187 :
4. Kos perubatan kian meningkat. Bagaimanakah Takaful Health2 dapat membantu saya ?
Kenapa anda ingin menghadkan amaun tuntutan dalam satu tahun ? Sertakan TH Anual Limit Waiver pada mana-mana pelan Takaful Health2 dan kami akan mengetepikan had tahunan. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang jumlah tuntutan perubatan tinggi yang tidak diduga,
Apabila TH Anual Limit Waiver disertakan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakhluk kepada amaun ko-takaful sebanyak 10%.
Kami juga akan menyediakan satu lagi pilihan. Sertakan TH Auto Upgrade dan pelan Takaful Health2 anda akan naik taraf secara automatik pada ulang tahun ke dan ke 10.
5. Bolehkah saya mendapatkan rawatan diluar negara ?
Jika anda menerima rawatan di luar negara di bawah pelan Takaful Health2 anda, manfaat-manfaat dibayar mengikut kos-kos rawatan yang berpatutan dikenakan oleh hospital di Malaysia. Manfaat tidak akan dibayar jika anda tinggal di luar negara melebihi 90 hari.
Walau bagai mana pun, batasan menetap di luar negara selama 90 hari tidak dikenakan apabila anda sertakan TH Overseas kepada pelan Takaful Health2 anda. Dengan rider ini, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan atau nasihat di Singapura, Hong Kong, China atau India. Pembayaran balik perbelanjaan perubatan adalah berdasarkan caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan negara tersebut. Kami hanya memberi perlindungan untuk kondisi-kondisi berikut :
- Pembedahan berkaitan kanser
- Neurosurgeri
- Pembedahan pintasan arteri koronari
- Pembedahan injap jantung
- Pemindahan organ ( buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, pankreas dan sumsum tulang)
Untuk kondisisi yang dilindungi, jika anda memilih untuk dimasukkan ke hospital dan melakukan pembedahan di Malaysia dan bukan luar negara, Manfaat Kebajikan akan dibayar untuk setiap kemasukkan bagi setiap pembedahan. Pemegang sijil yang membuat tuntutan Manfaat Kebajikan tidak layak lagi untuk dibayar balik bagi Manfaat Hospital dan Sugeri dan Manfaat Rawatan Pesakit Luar untuk kondisi yang dilindungi tersebut di bawah manfaat TH Overseas. Anda boleh membuat tuntutan Manfaat Kebajikan untuk kemasukkan berkali-kali bagi pembedahan kondisi yang dilindungi di Malaysia dan membuat tuntutan untuk rawatan perubatan tempatan di bawah Takaful Health2 berdasarkan caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan.
Dibawah adalah jadual manfaat-manfaat untuk TH Overseas :
6. Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?
Sumbangan yang perlu anda bayar untuk pelan Takaful Health2 ditetapkan berdasarkan umur, kelas pekerjaan dan jenis pelan tertakhluk kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan.
Bagaimanakah Takaful Health2 berfungsi?
Takaful Health2 ialah rider yang disertakan bersama PruBsn Link Series. Ia adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr di mana anda menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun anda selepas kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan yang kami sediakan. Perlindungan takaful adalah daripada potongan Tabarru’ anda yang kami tempatkan dalam dana Tabarru’ dan digunakan untuk membantu peserta-peserta lain yang memerlukannya.
Apakah caj-caj yang dikenakan dalam Takaful Health2?
Butiran caj Wakalah dan caj-caj lain disenaraikan dalam jadual di bawah :
Adakah saya akan menerima Lebihan daripada pelan ini?
Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’.
PruBSN Takaful Puteri menyediakan sesuatu yang direka khas
khusus untuk wanita. PruBSN Takaful Puteri adalah di reka khas untuk memberikan
anda perlindungan yang berterusan daripada tekanan kewangan yang anda hadapi
akibat daripada penyakit-penyakit yang sering dan selalu terjadi kepada wanita.
Selain itu, polisi ini juga membayar manfaat pada pelbagai peringkat kehidupan. Pada tarikh tamat tempoh polisi, PruBSN Takaful Puteri akan membayar balik semua premium yang sudah dibayar ditolak tuntutan yang sudah dibuat.
Pelan perlindungan PruBSN Takaful Puteri
Selain itu, polisi ini juga membayar manfaat pada pelbagai peringkat kehidupan. Pada tarikh tamat tempoh polisi, PruBSN Takaful Puteri akan membayar balik semua premium yang sudah dibayar ditolak tuntutan yang sudah dibuat.
Pelan perlindungan PruBSN Takaful Puteri
Terdapat 3 pelan utama:
- Pelan 1 – RM50,000
- Pelan 2 – RM100,000
- Pelan 3 – RM150,00
Perlindungan yang disediakan
- Kanser wanita (kanser payudara, uteri serviks, tiub Falopia, ovari, uterus dan vagina/vulva)
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Artritis Reumatoid dengan komplikasi
- Pembedahan rekonstruksi muka kerana kemalangan
- Pemindahan kulit kerana kebakaran
- Pemindahan kulit kerana kanser kulit
- Karsinoma-in-situ payudara atau uteri serviks
- Komplikasi kehamilan
- Penyebaran penggumpalan intravaskular (selepas hamil 7 bulan)
- Kehamilan Ektopik (kandungan luar rahim)
- Kandungan Molar
- Kematian fetus (selepas 195 hari mengandung)
- Kematian anak (dalam tempoh 30 hari selepas lahir)
Penyakit Kongenital Bayi (hidup lebih daripada 30 hari selepas lahir dan didiagnos dalam tempoh 2 tahun selepas lahir)
- Kecacatan Ventrikel Septum
- Kecacatan Atrium Septum
- Sindrom Down
0 comments:
Post a Comment