Sunday 21 April 2013

PruBSN Ummah



Manfaat-manfaat PruBSN Ummah:

Pengeluaran simpanan untuk Haji atau Umrah
Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan akaun anda sebagai tambahan untuk keperluan perjalanan Haji atau Umrah, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  • Pengeluaran hanya boleh dilakukan sekali untuk Umrah dan sekali untuk Haji sepanjang tempoh sijil.
  • Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas tahun ke-5 tempoh sijil.
  • Setiap pengeluaran hendaklah sekurang-kurangnya bernilai RM500 dan tidak lebih 70% daripada baki akaun anda sebelum pengeluaran dibuat.
  • Baki akaun anda hendaklah bernilai sekurang-kurangnya RM2,000 selepas pengeluaran dilakukan.

Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Selepas kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh, anda atau penama anda akan menerima nilai tunai yang setara dengan perlindungan anda iaitu, jumlah manfaat takaful.

Selain itu, keluarga anda akan menerima wang tunai tambahan RM2,000 sebagai manfaat khairat kematian selepas kematian anda yang boleh digunakan untuk perbelanjaan pengebumian dan yang berkaitan.

Gandakan Manfaat Takaful anda semasa menunaikan Haji atau Umrah
Anda akan menerima perlindungan berganda iaitu jumlah manfaat takaful, sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) semasa menunaikan Haji atau Umrah.

Badal Haji
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum anda berpeluang menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji anda ditunaikan dengan membayar penama yang dilantik oleh anda atau pihak ketiga untuk menunaikan Badal Haji untuk anda.

Manfaat Penyakit Kritikal
Kami akan memberikan sebahagian daripada jumlah perlindungan asas anda sebagai bantuan kewangan sekiranya anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.

Tambahan lagi, kami juga akan memastikan bahawa perlindungan dan simpanan anda dalam pelan ini akan berterusan kerana sumbangan takaful akan dibayar secara berterusan untuk anda. Perlindungan ini adalah satu pilihan sumbangan tambahan bagi pelan ini.

Penulisan Wasiat Islam
Kami akan mengaturkan untuk anda perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Perkhidmatan ini adalah satu pilihan.

Bonus Loyalti
Ini adalah manfaat yang diberikan kepada anda kerana menjadi pelanggan setia kami. Ia akan diberikan kepada anda setelahtempoh takaful anda tamat. Selain itu, bonus anda akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan meyeluruh sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat takaful anda yang lain.

Bagi memastikan ketenangan semasa anda menunaikan Haji, anda juga akan diberikan elaun Haji, yang merupakan sebahagian daripada bonus loyalti. Elaun ini adalah tambahan bagi menampung perbelanjaan anda. Anda juga boleh menggunakannya untuk memastikan keperluan kewangan keluarga anda di rumah dijaga semasa anda menunaikan kewajipan anda di Mekah.

Sumbangan bulanan:
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50 tetapi sumbangan sebenar anda bergantung kepada umur, jumlah dan terma perlindungan, status kesihatan, jantina, pekerjaan, kaedah pembayaran dan kekerapan pembayaran.
Contoh sumbangan

0 comments:

Post a Comment