Sunday 28 April 2013

Cara-cara membuat tuntutan

Kami di PruBSN Takaful begitu komited mengenai tuntutan. Berikut antara cara-cara membuat tuntutan dan beberapa contoh tuntutan untuk rujukan anda.
1- Tuntutan Online (Bil dan Elaun)
Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu tuntutan online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, pemegang polisi perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan ke wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement). 
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan.  Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.

Sekiranya membuat tuntutan menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit dan mereka akan menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agen anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agen yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agen anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital. 
2- Tuntutan Pembayaran Balik 
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan hospital panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, tetapi semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan kemudian barulah anda membuat tuntutan ke PruBSN. Sila maklumkan kepada agen anda, bagi membolehkan agen anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.
3- Tuntutan Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa bil tuntutan (Bil tuntutan dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan. Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari. Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agen anda atau di mana-mana cawangan PruBSN Takaful seluruh negara.
4- Tuntutan Kemalangan (Perubatan/MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan di klinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.
5- Tuntutan Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan. Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agen atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agen akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya. Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agen atau PruBSN.
6- Tuntutan Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.
7- Tempoh TuntutanTempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, tempoh masa yang diambil biasanya hanya 3 atau 4 minggu. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal. Anda boleh hubungi agen anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.

0 comments:

Post a Comment