Perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan melabur dana yang diterima daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syariah. Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi peserta-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntutan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta. Konsep ini berbeza dengan syarikat...
